IDEOLOGI NAZISME
1.0 PENDAHULUAN
Nazisme atau secara rasminya National Sosialisme adalah
merujuk kepada sebuah ideologi Parti Nazi ( Parti Pekerja Nasional-Sosialis
Jerman),juga dikenali sebagai Nationalsoziaolistiscme Deutsche Arbeiterpartei
(NSDAP) di bawah pimpinan Adolf Hitler.Parti ini telah ditubuhkan oleh kumpulan
kecil di Munich.[1]
Parti yang bermula dengan nama Parti Pekerja Jerman ini ditubuhkan pada tanggal
5 Januari 1919 oleh Anton Drexler. Hitler kemudiannya bergabung dengan parti
kecil ini pada September 1919 dan telah menjadi pemimpin propaganda.Hitler juga
telah mengubah nama parti ini pada 1 April 1920 dan telah menjadi pemimpin
parti pada 29 Julai 1921.
Nazisme
bukanlah sebuah ideologi yang baru,melainkan sebuah kombinasi dari berbagai ideologi
dan kelompok-kelompok yang memiliki persamaan pendapat tentang penentangan
Perjanjian Versailes serta kebencian terhadap Yahudi dan Komunis yang
dipercayai berada di sebalik perjanjian tersebut.
Mengapakah
Adolf Hitler berusaha menubuhkan Parti Nazi dan menyebarkan ideologi
Nazisme?Bagi hitler,negara Jerman adalah di atas segala negara.Ianya adalah
bermaksud bangsa Jerman yang terdiri daripada bangsa Aryan adalah bangsa yang
paling unggul dan paling mulia di muka bumi.Tentera-tentera Jerman adalah tentera
yang paling unggul dan tiada bandingannya.Bangsa Jerman adalah yang paling
mulia dan mempunyai kewajipan untuk memimpin dunia serta membenteras
penyakit-penyakit masyarakat dan membentuk tatakehidupan yang lebih
terhormat,bertamadun dan bermartabat.[2]
Motto yang digunakan oleh Hitler ialah “One People,one Reich,one Leader”.
2.0 ISI
2.1 LAMBANG NAZI : SWASTIKA
Lambang yang digunakan oleh Hitler untuk melambangkan
parti Nazi ialah Swastika.Swastika berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu
svastika.Lambang Swastika adalah berbentuk palang salib sama sisi yang
berbentuk seperti lengan yang membengkok ke sebelah kanan.
Lambang
Swastika ini,menurut ahli-ahli arkeologi dipercayai telah digunakan sejak zaman
neolitik lagi yang telah dijumpai di lembah Sungai Indus.Lambang Swastika telah
digunakan secara meluas meliputi agama-agama Dharma seperti Hinduisme,Buddhisme
dan Jainisme.Namun demikian,lambang Swastika ini telah dicela di Barat kerana
ianya digunakan oleh pihak Nazi Jerman untuk menggambarkan simbol Nazisme.
Lambang
Swastika telah dipilih oleh Adolf Hitler untuk bendera Nazi dengan
menggabungkannya dengan warna-warna yang menyanjung serta menghormati
kegemilangan masa lalu Jerman.Warna merah,putih dan hitam dipilih bagi menyamai
warna yang sama dengan warna bendera empayar Jerman yang lama.Merah
melambangkan pergerakan idea sosialisme,putih pula menggambarkan idea
nationalisme.
Mengapakah
Adolf Hitler memilih swastika sebagai lambang pada bendera Nazi? Hal ini adalah
kerana Hitler menganggap bahawa kaum Aryan adalah keturunan orang-orang Jerman
dan beliau dipandu berdasarkan orang Aryan di India.Swastika juga menggambarkan
matlamat yang kuat untuk mencapai kegemilangan kaum Aryan selain daripada
kemenangan melaui kerja-kerja yang berdaya cipta serta simbol kepada pembinaan
hidup dan lambing bangsa Jerman.
2.2 TOKOH NAZISME
2.2.1 ADOLF
HITLER.
Adolf Hitler dilahirkan pada 20 April 1889 di Braunau am
Inn,Austria dari sebuah keluarga yang sederhana dan merupakan anak keempat
daripada enam beradik.Bapa beliau bernama Alois Hitler,merupakan seorang
pegawai di pejabat cukai.Manakala ibunya iaitu Klara Polzl merupakan isteri
ketiga bapanya.Hitler dikatakan sebagai anak luar nikah.Di zaman
persekolahannya,beliau bukanlah seorang pelajar yang cerdas dan ketika berusia
16 tahun,beliau telah berhenti dari persekolahan.Beliau pernah berhasrat untuk
memasuki Academy of Arts di Vienna,namun ianya tidak kesampaian apabila
permohonannya telah ditolak.Selama beberapa lama,beliau telah bekerja sebagai
seorang pelukis papan iklan di Kota Vienna.
Semasa
berlangsungnya perang dunia pertama pada 1914,Hitler telah menyertai perang
sebagai penghantar surat dan keberaniannya membolehkan beliau dikurniakan “Iron
Cross”. Kemudiannya,Hitler telah menyertai tentera Jerman dalam tahun 1914 di
mana beliau telah mendapat pangkat Koperal.Sikap anti-Yahudi mula tumbuh di
Vienna,satu pendirian yang cukup ketara dalam kalangan masyarakat Austria ketika itu.Hitler terpengaruh dengan
tulisan oleh Lanz von Liebenfels dan polemik politik,Karl Lueger,Datuk Bandar
Vienna dan George Ritter von Schonerer,pemimpin parti pan-Jerman.Hitler percaya
dengan kehebatan bangsa Aryan yang menjadi asas kepada kepercayaan
politiknya.Hitler juga menganggap kaum Yahudi sebagai musuh utama kaum Aryan
dan telah bertanggungjawab menyebabkan masalah ekonomi Jerman.Hitler telah
menjadi Canselor Jerman pada 30 Januari 1933.
Pengakhiran
riwayat hidup Hitler adalah sangat tragis.Semasa perang dunia kedua,Hitler
menyedari kekalahan Jerman dalam perang tersebut yang menghadapi empat kuasa
besar iaitu Britain,Amerika Syarikat,Perancis dan Rusia yang dikenali juga
sebagai pihak Berikat.Hitler telah mengambil keputusan membunuh diri dengan
mengambil racun bersama-sama kekasihnya iaitu Eva Braun pada 30 April 1945
bersamaan dengan 56 tahun umur Hitler.Akibatnya,Jerman telah mengaku kalah
kepada pihak Berikat pada 7 Mei 1945.
2.3 HITLER DAN NAZI.
Selepas Perang Dunia Pertama tamat,Hitler telah terlibat
dalam bidang politik.Beliau telah menyertai National Sosialist German Workers
Party ataupun Parti Sosialis Nasional yang juga dikenali sebagai Nazi.Beliau
menyertai politik adalah untuk membuktikan kepada pegawai- pegawai yang pernah
memperlekehkan beliau dengan menuduh beliau tidak mempunyai daya kepimpinan.
Hitler
telah berjaya membuktikan kepada ramai bahawa dia mempunyai kebolehan berpidato
telah menarik ramai penyokong fanatik lelaki dan perempuan.Kebolehan beliau
berorator,serangan bersifat anti-Yahudi,sosialis,kapitalis dan liberal dalam
setiap ceramahnya telah menarik perhatian ramai.Pengaruh Hitler dikukuhkan lagi
apabila turut disokong oleh ahli-ahli perniagaan.
2.4 SEBAB-SEBAB KEBANGKITAN NAZI.
Terdapat beberapa faktor yang telah membantu kebangkitan
Nazi di Jerman.Antara sebab bagaimana pengaruh Nazi semakin kuat di Jerman
ialah apabila penyokong-penyokong Nazi telah berjaya menggunakan sepenuhnya
peluang yang ada akibat daripada kesengsaraan rakyat Jerman untuk mencapai
matlamatnya sendiri.[3]
Kegiatan-kegiatan
mereka telah mendapat sokongan kuat sebahagian rakyat Jerman.Sebahagian besar
rakyat yang menyokong pergerakan Nazi adalah mereka yang berada pada kelas
pertengahan seperti orang-orang professional,saudagar,pegawai kerajaan dan
pekerja-pekerja makan gaji yang mengalami kemusnahan akibat daripada penurunan
nilai mata wang Jerman pada tahun 1923 dan sekali lagi pada tahun 1931.Mereka
yang berada pada kelas pertengahan dengan mudahnya dipengaruhi oleh janji-janji
pihak Nazi untuk memulihkan semula negara Jerman dan memperbaiki keadaan yang
akan dapat diwujudkan dengan menolak syarat-syarat Persetiaan
Versailles,pembayaran ganti rugi dan mengabdikan orang-orang asing.
Kelas
pertengahan ini juga dapat dipengaruhi oleh pihak Nazi kerana penentangan
mereka terhadap Komunisme.Mereka memerangi Komunisme kerana Komunisme bermakna kediktaktoran
kelas pekerja,tamatnya kapitalisme dan banyak lagi hak untuk memiliki tanah dan
harta benda.Nazi yang diketuai oleh Hitler juga berjaya menarik sesetengah
penganggur yang mendapati satu tujuan bahawa dalam kehidupan mereka dan
disiplin dalam perbarisan-perbarisan dengan memakai pakaian seragam perbarisan
di bawah bendera Swastika iaitu dengan menyertai angkatan Tentera Nazi.
Kapitalis-kapitalis
besar Jerman juga mempercayai bahawa Hitler akan memberikan perlindungan kepada
kepentingan mereka daripada idelogi komunisme dan sosialisme.[4]
Selain itu,ramai di antara ketua-ketua tentera sungguh bersimpati dengan
tuntutan-tuntutan Hitler untuk mempersenjatai semula negara Jerman dan
menghapuskan Persetiaan Versailles.Pada awalnya,ketua-ketua tentera beranggapan
bahawa pihak tentera akan dapat mengawal Hitler,tetapi sebenarnya tidak lama
kemudian Parti Nazi telah berkuasa sepenuhnya ke atas angkatan tentera.Harus
diingat bahawa Hitler adalah seorang ahli pidato yang sangat pintar dalam kurun
ke 20.Beliau telah berjaya untuk membangkitkan kegelisahan dan membangkitkan
semangat kebangsaan semua orang untuk faedah Hitler sendiri.[5]
2.5 IDEOLOGI NAZI.
2.5.1 DASAR
DALAM NEGERI NAZI.
Idea Hitler yang utama dalam ideologi Nazi ialah faktor
bangsa dan kebangsaan dalam orde sosial manusia.Bagi Hitler,bangsa Jerman
adalah bangsa yang paling hebat,pengasas kepada semua dan merupakan bangsa yang
terbaik dalam tamadun manusia,pencipta institusi politik dan sosial yang stabil
dan merupakan penghasil terbaik kebudayaan di dunia.
Bagi
Hitler,Jerman merupakan satu-satunya bangsa yang mampu untuk terus kekal bagi
menghadapi segala persaingan yang cukup sengit bagi mendapatkan sumber makanan
dan bahanmentah yang terhad.Bagi melindungi keaslian dan keunikan bangsa
Jerman,Hitler telah mengarahkan penghapusan semua bangsa terutamanya bangsa
Yahudi.Selain itu,penghapusan bangsa juga turut dilakukan kepada kaum
Gipsi,Slav malah sesiapa sahaja yang dianggap mengancam kualiti ras Jerman.
Secara
umumnya,dalam semua pilihan raya yang telah diadakan,ideologi yang telah
menjadi pegangan Nazi ialah Sosialisme Nasional.Secara teorinya,istilah
Sosialisme Nasionalisme adalah sesuatu yang melibatkan unsur yang saling
bercanggah,iaitu seperti bercanggahnya konsep “sosialisme dalam satu negara”
yang dipelopori oleh Stalin.[6]
Sosialisme pada dasarnya adalah suatu ideologi yang tidak boleh dan tidak patut
dimanfaatkan dalam batasan atau sempadan sesuatu negara sahaja.Tetapi di Jerman,unsure-unsur
antarabangsa bukanlah sesuatu yang menarik minat rakyat pada ketika itu.Mereka
menganggap bahawa segala unsur-unsur atau pergerakan antarabangsa adalah
komplot yang merencanakan dan mengendalikan kegiatan anti-Jerman.Bolshevisme,kapitalisme,pergerakan
Yahudi dan Liga Bangsa-Bangsa semuanya dilihat sebagai pakatan antarabangsa
yang memusuhi Jerman.
Walaupun
Nazi antifahaman Bolshevik dan sosialisme antarabangsa,Nazi secara teorinya
juga memperjuangkan prinsip sosialis yang menguntungkan dan menarik minat
pengikutnya.Hal ini telah dijelaskan oleh Hitler pada program parti yang
diadakan pada 24 Februari 1920.Program yang juga dikenali sebagai Dua Puluh
Lima Perkara telah memuatkan unsur nasionalis yang radikal,sikap anti-Yahudi
dan prinsip sosialis.
Antara
dasar sosialis yang telah diutarakan oleh Hitler dalam Dua Puluh Lima Perkara
ialah penghapusan upah yang tidak dihasilkan daripada kerja,pengharaman
faedah,pemiliknegaraan perusahaan dan tanah serta larangan terhadap spekulasi
tanah.Perkara ini seolah-olah sangat radikal dan memang ada golongan yang
betul-betul menjiwai sosialisme kiri.
2.5.1.1 Gerakan
anti-Yahudi.
Gerakan ini telah dijalankan pada tahun 1933 dengan
tindakan pemulauan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh orang-orang
Yahudi.Penyingkiran mereka dalam perkhidmatan awam turut berlaku jika
waris-waris mereka berbangsa Yahudi.Keadaan bertambah buruk apabila badan-badan
professional seperti doktor,peguam dan lain-lain turut disingkirkan jika
berketurunan Yahudi.Kerahan tentera telah dijalankan oleh Hitler bagi
menyingkirkan golongan Yahudi.
Lebih
menyedihkan lagi,orang Yahudi telah kehilangan status mereka sebagai
warganegara Jerman dengan adanya Akta Kewarganegaraan Reich dan Akta bagi
Melindungi Darah dan Maruah Jerman pada 1935.Perkahwinan antara bangsa Yahudi
dengan bangsa Aryan juga diharamkan sama sekali.
Kesannya,ramai
orang-orang Yahudi telah berhijrah keluar dari Jerman dan negara Palestin telah
menjadi tumpuan.Selain itu,Amerika Syarikat dan Britain turut menjadi
tumpuan.Ramai saintis-saintis dan bijak pandai telah mengambil peluang
mengukuhkan kedudukan yahudi di tempat-tempat baru termasuklah saintis terkenal
seperti Einstein.
2.5.1.2 Ekonomi
Semasa pemerintahan Nazi di Jerman,telah berlaku
perkembangan yang pesat dalam industri pengeluaran.Dalam tempoh ini juga,kadar
pengangguran telah menurun sebanyak 30 peratus kerana kerajaan Nazi telah
menawarkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk Jerman melalui
aktiviti pengeluaran senjata.
Polisi
ekonomi pada pemerintahan Hitler telah dicipta oleh Hjalmar Schcht ketika
menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1933.Dasar yang telah dikatkuasakan oleh
pihak Nazi ialah wanita diarahkan supaya tidak bekerja dan tinggal di
rumah.Kaum wanita hanya bertanggungjawab menjaga rumah, memelihara anak-anak
dan juga gereja.Semua pekerjaan hanya melibatkan suami sahaja.Seterusnya,kadar
faedah telah dikurangkan dan bajet kerajaan turut dikurangkan.Projek-projek
awam yang bersaiz raksasa juga turut dikurangkan bajetnya.
Pada
1937,Hjalmar Schcht diganti oleh Herman Goering.Goering telah memperkenalkan
Rancangan Empat Tahun dengan idea utama rancangan ini adalah untuk memastikan
tempoh peperangan yang melibatkan Jerman hanya dalam tempoh empat tahun.Selain
itu,barangan yang diimport dari luar akan dikritik dan dilarang untuk digunakan
rakyat Jerman.Gaji dan harga barangan juga sering dipantau untuk mengelakkan
harga yang menyusahkan rakyat. Pembangunan tanaman getah sintetik,kilang-kilang
besi dan kilang tekstil automatik turut ditumpukan.Undang-undang buruh juga
turut diperkenalkan pada tahun 1935.
Sumbangan
yang dapat dikesan semasa pemerintahan Nazi adalah di dalam bidang
otomotif.Hitler telah member inisiatif agar membuat kenderaan-kenderaan berkos
rendah yang mampu untuk dimiliki oleh semua rakyat Jerman.Oleh itu,terciptalah
Volkswagen(VW) yang pernah diguna pakai di seluruh dunia.
2.5.1.3 Holocaust.
Antara tahun 1939 hingga 1945,Schutz Staffel (SS) dengan
dibantu oleh pihak kerajaan serta rekrut daripada negara-negara yang ditakluki
secara sistematik telah membunuh sekurang-kurangnya 11 juta orang dengan sebahagian
besar yang dibunuh adalah kaum Yahudi.[7]
Antara
taktik-taktik yang digunakan oleh pihak Nazi untuk melakukan pembunuhan adalah
dengan menggunakan gas beracun,dibiarkan mati kebuluran,penyakit berjangkit
ketika dipaksa menjadi buruh dan pembunuhan beramai-ramai.Selain bangsa
Yahudi,penduduk Poland yang disyaki sebagai komunis atau pembangkang,golongan
homoseksual,golongan Roman Khatolik dan Protestan yang bertelingkah,tahanan
perang Soviet,Jehovah,golongan gereja anti-Nazi,pesakit jiwa dan golongan cacat
fizikal dan mental yang dikenali sebagai Holocaust.[8]
Mengapakah Nazi menjalankan Holocaust? Hal ini
adalah kerana pemimpin Nazi iaitu Hitler telah terpengaruh dan terikut terhadap
konsep Darwin.Menurut konsep Darwin,ukuran tengkorak manusia akan membesar
semasa mereka sedang mendaki tangga evolusi.Maka,pada waktu itu seluruh Jerman
telah menjalankan pengukuran untuk membuktikan bahawa tengkorak manusia Jerman
lebih besar daripada ras-ras lain.Mereka yang mempunyai ukuran tengkorak kurang
daripada ukuran rasmi,termasuk ukuran gigi,mata dan rambut akan dibunuh oleh
pihak Nazi.
2.5.1.4
Sukan.
Semasa kekuasaan Nazi,pemilihan atlit dilakukan dengan
berhati-hati.Pada pihak Nazi,bukan hanya pada kekuatan sahaja yang menjadi
ukuran,sebaliknya ciri-ciri yang melambangkan kaum Aryan lebih diutamakan.Dua
sukan besar yang pernah melibatkan Nazi Jerman ialah pada tahun 1936 iaitu Summer Olympics dan German Pavillion.Pada 1937,menyertai International Exposition di Paris.
Hitler
seolah-olah tidak mengiktiraf atlit daripada bangsa lain seperti yang
dilaporkan oleh Jesse Owen.Menurut laporannya,Hitler tidak mahu bersalam dengan
atlit berketurunan Afrika-Amerika semasa penyampaian hadiah.Walhal pada masa
itu,semua atlit yang memenangi pertandingan dapat bersalam dengan Hitler
kecuali atlit Negro itu.
2.5.1.5
Budaya
Pihak Nazi banyak mencari dan menghimpunkan nilai-nilai
tradisional yang terdapat pada waktu pemerintahan Jerman lama.Mereka begitu
menjaga ketulenan bangsa,ketenteraan, keberanian, keperwiraan,kekuatan dan
ketaatan.
Budaya-budaya
moden seperti kesenian abstrak tidak diiktiraf sebagai budaya Jerman dan tidak
disimpan di dalam muzium.Kesenian yang ditulis bukan daripada bangsa Aryan
seperti Jewish dan bukan penulis Nazi akan dimusnahkan.Contohnya,karya-karya
ini telah dibakar oleh pelajar-pelajar Jerman pada tahun 1933.
2.5.1.6 Pelindungan
Haiwan dan Alam Sekitar.
Walaupun banyak memusuhi dan memerangi bangsa dan negara
lain,namun tetap wujud undang-undang yang melindungi haiwan dan alam
sekitar.Terdapat beberapa unsur untuk melindungi haiwan iaitu wujudnya Animal Protection Law.Ramai pemimpin
Nazi termasu Hitler dan Herman Goring menyokong perlindungan haiwan.Heinrich
Himmer pula berusaha untuk menghapuskan aktiviti pemburuan binatang.Sehingga
kini,akta haiwan yang diguna pakai lebih kurang sama semasa pemerintahan Nazi.
Bagi
pelindungan alam sekitar pula,pihak Nazi telah menguatkuasakan ‘Reich Nature Protection Act’.Di dalam
akta ini adanya unsur-unsur pengurusan hutan,perlindungan hutan dan alam
sekitar dan mempromosi serta mencegah pencemaran udara.
2.5.1.7 Hak
Wanita.
Walaupun Jerman sering menghadapi zaman perang,namun
Hitler tetap memberi hak terhadap kaum wanita.Nazi membenarkan kaum wanita
mencari semula suami-suami mereka yang pergi berperang.Wanita yang bekerja
walaupun berkhidmat dengan pihak Nazi,gaji mereka tidak dinaikkan langsung
kerana Hitler lebih menggalakkan kaum wanita duduk di rumah sahaja. Bagi pihak
Nazi,dunia wanita hanyalah suami,keluarga,anak-anak dan rumah.
Rejim Nazi
juga tidak memberi galakan kepada wanita untuk mencari peluang pelajaran lebih
tinggi sama ada sekolah menengah,kolej ataupun universiti.Oleh sebab itu,dapat
diperhatikan semasa kekuasaan Nazi penuntut universiti perempuan telah
menurun.Pada tahun1933,pelajar perempuan di universiti adalah seramai 128 000
orang dan telah merosot kepada 51 000 pada tahun 1938.
Bagi
wanita yang melakukan pengguguran janin pula,hukuman yang berat akan dikenakan
melainkan atas sebab-sebab kesihatan.Pada tahun 1943,terdapat sebuah akta yang
menyatakan,sesiapa yang menggugurkan janin akan dikenakan hukuman mati.
2.5.1.8
Pendidikan
Semasa pemerintahan Nazi,bidang pendidikan turut
diutamakan.Pihak Nazi menumpukan matapelajaran biologi keturunan kerana
kebanggaan mereka terhadap bangsa Aryan.Selain itu terdapat juga
matapelajaran-matapelajaran lain seperti polisi penduduk,budaya, geografi dan
yang paling istimewa terdapatnya matapelajaran kecergasan fizikal.
Selain itu,di dalam bidang
pendidikan terdapatnya unsur anti-Semitic dengan penyingkiran guru-guru
Jewish.Semua professor di universiti perlu menjadi ahli National Sosialist Assocation of University Lectures untuk diambil
bekerja menjadi professor.
2.5.2 DASAR
LUAR NAZI.
Dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Nazi mempunyai
unsur persamaan penting denga dasar
dalam negerinya.Ideologi keunggulan bangsa Jerman atau Aryan dijadikan landasan
kepada rancangan dan tindak-tanduknya.Taktik Machiavellian yang digunakan oleh
Hitler bagi mencapai matlamat dasar dalam negerinya juga digunakan bagi
mencapai matlamat dasar luarnya.
Dasar luar
yang diamalkan oleh Nazi adalah bersifat agresif.Pada permulaannya,Hitler sendiri
tidak mampu untuk melaksanakan dasar luar yang agresif kerana masih lagi tidak
mempunyai angkatan tentera yang kuat.Hitler telah menandatangani satu
perjanjian dengan Poland dan pakatan Jerman-Rusia terus diperbaharui pada 1935.Hitler
juga menggunakan kebijakan berpidatonya sebagai senjata untuk melindungi Jerman
dengan menggambarkan dirinya sebagai seorang bekas tentera yang amat bencikan
peperangan.
Pencabulan
Nazi yang nyata terhadap salah satu peruntukan penting Versailles berlaku
apabila Hitler mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman pada 9 Mac
1935.Seminggu kemudian,beliau memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi
membentuk satu angkatan tentera yang mempunyai kekuatan anggota seramai 500 000
orang.Kuasa Berikat telah membangkang dasar yang dilakukan oleh Hitler,namun
tiada tindakan tegas yang diambil.
Antara dasar-dasar luar
yang telah diambil dan melibatkan Jerman ialah seperti Anschluss iaitu dasar
Hitler untuk menyatukan Jerman dengan Austria.Hal ini telah melanggar fasal 80
Persetiaan Versailles.
Pihak Nazi Jerman juga
telah terlibat dengan krisis di Czechoslovakia iaitu melibatkan tuntutan untuk
mendapatkan autonomi kedaerahan warga berbangsa Jerman di Sudetenland. Pihak
Nazi telah menyerang ibu kota Czehoslovakia iaitu Parague dan membentuk daerah
naungan Bohemia-Moravia.
Krisis di Poland turut
melibatkan Jerman.Jerman juga mahu mendapatkan autonomi kedaerahan di Poland
kerana terdapatnya golongan minoriti Jerman yang agak besar di sana. Jerman
telah menuntut daerah Danzig dari Poland.
3.0 KESIMPULAN.
Penguasaan pihak Nazi di Jerman telah meninggalkan
pelbagai kesan sama ada di dalam negara mahupun di seluruh dunia.Pihak Nazi
telah memperkenalkan ideologinya yang tersendiri untuk membezakan mereka dengan
bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan prinsip utama mereka ialah faktor
kebangsaan dan keagungan bangsa Aryan.
Pandangan
saya,walaupun pemerintahan Nazi yang diketuai Hitler digambarkan sebagai
kejam,namun terdapat sebahagian daripada ideologinya menunjukkan kemajuan dan
kebajikan manusia,haiwan dan juga alam sekitar.Tidak dilupakan idea Hitler
dalam bidang automatif dengan penciptaan kereta Volkswagen dengan prinsip
kereta berkos rendah yang mampu dimiliki semua rakyatnya.Dalam bidang ekonomi
pula,Jerman telah memperkenalkan ekonomi bebas tanpa tanpa pemusatan yang terus
dipraktikkan di kebanyakkan negara.
Dasar luar
yang telah dilaksanakan oleh telah menjadi pencetus kepada perang dan sekaligus
menjadi faktor penting yang menyaksikan pembabitan Jerman dalam Perang Dunia
Kedua yang mengakibatkan keruntuhan empayar Nazi apabila mengalami kekalahan
kepada pihak Berikat dan kematian Adolf Hitler.
4.0 RUJUKAN.
Qasim Ahmad (2nd ed). 1997. Eropah Moden : Arus Sosiopolitik dan
Pemerintahan. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Herbert L. Peacock. 1976. Sejarah Eropah Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tim Kirk. 1995.
Jugend Vient Vein Fuhrer : Nazi Germany. New York : Longman.
Claus-Christian W. Szejnmann. 1999. Nazism in Central Germany : the Brown Shirts in ‘Red’
Saxony. New York : Berghahn Books.
John Hiden. 1996. Germany-
Theme and Variation in the History of Weimar and Third Reich
1918-1945. London&New York :Longman.
[1] Tim Kirk, Jugent Vient Vein Fuhrer:Nazi Germany, New
York:Longman, 1995, hlm.16.
[2] Penyataan ini telah
dinyatakan oleh Adolf Hitler di dalam bukunya “Mein Kampf” (1923-25)sewaktu
dipenjara.Beliau telah ditangkap dan dipenjarakan dalam insiden yang dikenali
sebagai Perarakan ke Berlin pada 8 November 1923.Akibatnya beliau telah dijatuhkan
hukuman penjara selama 5 tahun tetapi dibebaskanselepas setahun dalam penjara.
[3] Herbert L.Peacock, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1976, hlm. 402.
[4] Jerman pada ketika itu
merupakan negara industri kedua yang paling maju di dunia selepas Amerika
Syarikat dan pemimpin-pemimpin industri Jerman pula mempunyai pengaruh yang
sangat kuat.
[5]
Ibid
[6] Qasim Ahmad, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 211.
[7] Schutz Staffel (SS)
ditubuhkan pada tahun 1923 sebagai cabang kepada S.A yang diketuai oleh
Rohm.Pada awalnya SS hanya dianggotai oleh sekumpulan kecil ahli elit yang
terpilih.
[8] Golongan cacat fizikal
dan mental dianggap parasit yang akan mengancam keharmonian rakyat Jerman dan
akan melambatkan kemajuan evolusi.