Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Sunday 9 October 2016

Sejarah Perkembangan Agama Islam di Malaysia.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam pengetahuannya.”
(Surah al-Hujurat 49:13)
Islam dalam Perlembagaan.
Ø  Perlembagaan merupakan sumber tertinggi undang-undang Negara dan segala tindak tanduk pemimpin dan rakyat adalah tertakluk kepada Perlembagaan.
Ø  Islam disebut dalam Perlembagaan pada

o   Bahagian 1 Bab 1 Perkara 3: Islam sebagai AGAMA RASMI.

§  Islam agama Persekutuan- orang bukan Islam boleh amal agama sendiri
§  Kedudukan Raja Melayu- Ketua Agama Islam
§  YDPA- Ketua Agama Islam bagi negeri tidak bersultan/ beraja
§  Islam Agama Negeri- kecuali Sarawak


o   Bahagian 2 Bab 1 Perkara 11: Kebebasan Beragama

§  Setiap orang berhak menganuti agama sendiri
§  Tiada paksaan membayar cukai untuk kegunaan agama lain
§  Berhak mengurus, menubuh, menyelenggara dan memiliki harta atau institusi untuk agamanya sendiri

§  Undang-undang negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal dan menyekat perkembangan kepercayaan jikalau pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang sudah menganut agama Islam


Masyarakat Islam di Malaysia.

          Islam ialah sebuah agama yang diturunkan di Mekah dan ia telah tersebar ke seluruh dunia termasuklah di Nusantara atau Alam Melayu. Islam dikatakan mula bertapak di Alam Melayu adalah di Pasai-Perlak (Sumatera) pada abad ke-9 Masehi (840 M).

          Teori Islam mula bertapak di Malaysia mempunyai percanggahan di antara negeri Kedah, Pahang dan Terengganu. Namun demikian, hasil kesepakatan dan kaedah objektiviti berserta bukti telah mengiktiraf Terengganu sebagai negeri yang mula-mula menerima kedatangan Islam dengan bukti penemuan Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Walaupun terdapat bukti penemuan batu nisan di Pahang dan Kedah, namun Batu Bersurat di Terengganu lebih jelas dan dianggap sebagai sahih.

       Perkembangan Islam lebih jelas dan pesat di Tanah Melayu melalui kemunculan Kesultanan Melayu Melaka (KMM) pada abad ke-15. Ianya bermula apabila Megat Iskandar Shah merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam[1]. Pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1456), Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi KMM. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.Apabila Raja memeluk agama Islam, maka rakyat akan patuh dan setia dengan apa juga yang dilakukan oleh Raja Melaka, maka berkembanglah agama Islam di Melaka. 

         Istana telah dijadikan sebagai pusat pengajian Islam. Islam juga tersebar dengan meluas dan cepat di Melaka melalui peranan yang dimainkan oleh para pedagang dan perkahwinan. Selain itu, Sultan Melaka juga sanggup menghantar pembesar-pembesar ke Pasai untuk mendalami agama Islam[2]

       Apabila Islam tiba di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mengubah kepercayaan mereka  daripada kepercayaan Animisme, perkara ghaib dan tahyul kepada Islam. Agama Islam telah mengajar umatnya mengenali Tuhan iaitu Allah yang Esa dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.

[2] Pedagang yang banyak membantu perkembangan Islam di Melaka adalah dari Sumatera, Arab dan India.


[1] Megat Iskandar Shah adalah putera kepada Parameswara yang membuka Kota Melaka.

Tuesday 4 October 2016

KISAH TAUBAT PENIPU DUA BERANAK.
Ayah dan anak ini tinggal di sebuah kawasan di Utara tanah air. Mereka berdua sememangnya dikenali sebagai pembohong terkenal, bila mereka berkata-kata setiap kali itulah mereka akan menipu. Maka kisah ini pun bermula…
Pada suatu hari, si anak telah memberi cadangan kepada ayahnya supaya mereka bertaubat kerana menyedari imej keluarga mereka yang sangat buruk. Maka si ayah pun bersetujulah dengan cadangan murni dari si anak. Maka ayahnya pun bertanya, “bagaimana kita mahu bertaubat nak?”. Jawab si anak, “apa susahnya wahai ayah, di belakang rumah kita ada sungai, kita terjunlah di dalamnya dan kita berniatlah agar kita tidak akan menipu lagi”. Bersetujulah si ayah dengan cadangan itu.
Esoknya, dua beranak itu pun menujulah ke sungai di belakang rumah mereka. Apabila sampai, berbincanglah mereka berdua siapa yang akan terjun dahulu. Sebagai ayah dan ketua keluarga, si ayah akhirnya mengambil keputusan untuk terjun dahulu ke dalam sungai. Maka, terjunlah si ayah dahulu dan ketika terjun cara ‘bom’. Malangnya,kain si ayah telah tersangkut di dahan dan bertelanjanglah si ayah di dalam sungai. Dengan sedaya upaya,berusahalah si ayah untuk mendapatkan semula kainnya yang tersangkut itu. Si anak mulai gundah-gelana memikirkan nasib si ayahnya yang lama di dalam sungai. Akhirnya si ayah berjaya mendapatkan kainnya semula dan naikla si ayah ke tebingdengan kesejukan. Si anak yang sangat risau itu melurulah pada si ayah dan bertanyalah dengan cemas, “kenapa ayah begitu lama di dalam sungai?, saya begitu risau mengenangkan ayah!”. Untuk menutupi malu bertelanjang tadi, maka si ayah menjawab “ waktu terjun tadi ayah jumpa kedai mamak, apa lagi ayah teruslah singgah makan roti canai dan pekena teh tarik.” Berbisiklah si anak di dalam hati, “ayah ni nak menipu aku lah ni, mana ada kedai mamak kat belakang rumah ni”. Tapi demi menghormati si ayah, anaknya hanya mendiamkan diri.
Tiba giliran si anak untuk terjun. Si anak terus terjun dengan gaya ‘junam’nya. Malangnya, ketika menjunam itu, kepala si anak telah terhantuk ke batu sungai. Maka berdarahlah sedikit dan bengkaklah kepala si anak. Si anak terus berendam di tepi sungai untuk memulihkan kembali kestabilan badan yang pening-pening lalat itu. Si ayah mulai risau menanti anaknya yang tidak naik-naik dari sungai.

Setelah keadaan si anak sedikit stabil, maka naiklah si anak ke tebing dengan wajah bersahaja. Si ayah yang kerisauan terus meluru ke anaknya dan bertanya kenapa begitu lama anaknya di dalam sungai dan keadaan kepalanya yang luka dan bengkak-bengkak itu. Untuk menutupi malu, si anak terus menjawab dengan nada marah “Itulah ayah, tadi saya pergi ke kedai mamak tempat ayah makan tadi, terus saya kena pukul sebab ayah makan tapi tak bayar duit makan!”