Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Tuesday, 4 October 2016

KISAH TAUBAT PENIPU DUA BERANAK.
Ayah dan anak ini tinggal di sebuah kawasan di Utara tanah air. Mereka berdua sememangnya dikenali sebagai pembohong terkenal, bila mereka berkata-kata setiap kali itulah mereka akan menipu. Maka kisah ini pun bermula…
Pada suatu hari, si anak telah memberi cadangan kepada ayahnya supaya mereka bertaubat kerana menyedari imej keluarga mereka yang sangat buruk. Maka si ayah pun bersetujulah dengan cadangan murni dari si anak. Maka ayahnya pun bertanya, “bagaimana kita mahu bertaubat nak?”. Jawab si anak, “apa susahnya wahai ayah, di belakang rumah kita ada sungai, kita terjunlah di dalamnya dan kita berniatlah agar kita tidak akan menipu lagi”. Bersetujulah si ayah dengan cadangan itu.
Esoknya, dua beranak itu pun menujulah ke sungai di belakang rumah mereka. Apabila sampai, berbincanglah mereka berdua siapa yang akan terjun dahulu. Sebagai ayah dan ketua keluarga, si ayah akhirnya mengambil keputusan untuk terjun dahulu ke dalam sungai. Maka, terjunlah si ayah dahulu dan ketika terjun cara ‘bom’. Malangnya,kain si ayah telah tersangkut di dahan dan bertelanjanglah si ayah di dalam sungai. Dengan sedaya upaya,berusahalah si ayah untuk mendapatkan semula kainnya yang tersangkut itu. Si anak mulai gundah-gelana memikirkan nasib si ayahnya yang lama di dalam sungai. Akhirnya si ayah berjaya mendapatkan kainnya semula dan naikla si ayah ke tebingdengan kesejukan. Si anak yang sangat risau itu melurulah pada si ayah dan bertanyalah dengan cemas, “kenapa ayah begitu lama di dalam sungai?, saya begitu risau mengenangkan ayah!”. Untuk menutupi malu bertelanjang tadi, maka si ayah menjawab “ waktu terjun tadi ayah jumpa kedai mamak, apa lagi ayah teruslah singgah makan roti canai dan pekena teh tarik.” Berbisiklah si anak di dalam hati, “ayah ni nak menipu aku lah ni, mana ada kedai mamak kat belakang rumah ni”. Tapi demi menghormati si ayah, anaknya hanya mendiamkan diri.
Tiba giliran si anak untuk terjun. Si anak terus terjun dengan gaya ‘junam’nya. Malangnya, ketika menjunam itu, kepala si anak telah terhantuk ke batu sungai. Maka berdarahlah sedikit dan bengkaklah kepala si anak. Si anak terus berendam di tepi sungai untuk memulihkan kembali kestabilan badan yang pening-pening lalat itu. Si ayah mulai risau menanti anaknya yang tidak naik-naik dari sungai.

Setelah keadaan si anak sedikit stabil, maka naiklah si anak ke tebing dengan wajah bersahaja. Si ayah yang kerisauan terus meluru ke anaknya dan bertanya kenapa begitu lama anaknya di dalam sungai dan keadaan kepalanya yang luka dan bengkak-bengkak itu. Untuk menutupi malu, si anak terus menjawab dengan nada marah “Itulah ayah, tadi saya pergi ke kedai mamak tempat ayah makan tadi, terus saya kena pukul sebab ayah makan tapi tak bayar duit makan!”

No comments:

Post a Comment