Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Saturday, 28 May 2011

kajian kualitatif dan kuantitatif

Apa itu penyelidikan?Penyelidikan berasal daripada bahasa perancis yang bermaksud penyiasatan secara mendalam.Penyelidikan merupakan satu proses mencari jawapan kepada sesuatu persoalan atau penyelesaian sesuatu masalah.
     Penyelidikan bukanlah kesimpulan maklumat,mengambil data atau pun penyusunan semata-mata.Menurut Sheffie (1986),penyelidikan adalah bertujuan mencari kebenaran,ia adalah sesuatu yang logik mengenai sesuatu fenomena tetapi bukanlah sesuatu yang muktamad.Fakta yang baru timbul mungkin akan mengubah keputusan penyelidikan.
     Keperluan pemahaman yang mendalam dalam memilih kaedah penggunaan pendekatan,kaedah(method) atau teknik untuk menjalankan penyelidikan adalah sangat penting agar dapat mencapai hasil yang terbaik dan sesuai dengan tujuan penyelidikan yang sudah ditentukan sebelumnya.
     Penyelidikan boleh dibahagikan mengikut pendekatan.Ada dua jenis pendekatan umum dalam menjalankan penyelidikan iaitu kajian kualitatif dan kuantitatif.

Isi:-
     Sebelum kita membincangkan tentang kajian kualitatif dan kuantitatif dengan lebih mendalam,kita lihat dahulu definisi kedua-dua pendekatan ini.
     Kajian kualitatif bermaksud penekanan yang diberikan pada makna,penalaran atau satu definisi tertentu(dalam konteks tertentu),lebih banyak meneliti hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.Kajian kualitatif juga mementingkan pada proses perbandingan dengan hasil akhir.Oleh itu,urutan kegiatan boleh berubah-ubah bergantung pada keadaan dan banyaknya gejala-gejala yang ditemukan.Tujuan penyelidikan biasanya berkaitan dengan hal-hal yang bersifat praktis.[1]
     Kajian kualitatif melibatkan proses timbal balik untuk memberi penjelasan tentang gambaran kajian mengenai sesuatu perkara dan konsep penyelidikan dari gambaran yang lain.gambaran yang dibangunkan akan dilihat dari  segi parsamaan diantara beberapa contoh daripada fenomena berkenaan seolah-olah untuk menjadikannya sama dengan kategori umum.[2]
    Kajian kualitatif berfokus pada konteks dimana sesuatu itu berlaku.Dengan kata lain,ia merupakan satu proses atau bagaimana sesuatu itu berlaku dalam satu-satu suasana(setting) yang hendak dikaji.Ianya memfokuskan pada proses dan hasil.Hasil kajian biasanya dipersembahkan dalam bahasa harian.Ia tidak bergantung pada nombor atau perkiraan statistik dalam memberi penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji.Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang sukar diukur dengan nombor seperti imej diri dan tingkah laku.[3]
     Kajian kuantitatif mementingkan adanya pembolehubah-pembolehubah sebagai objek penelitian dan harus didefinisikan dalam bentuk operasi pembolehubah masing-masing.Kejujuran dan pengesahan merupakan syarat utama pendekatan kuantitatif kerana ianya akan menentukan kualiti hasil penelitian dan kemampuannya menjalankan penyelidikan.Kajian kuantitatif juga memerlukan hipotesis dan pengujian yang kenudiannya akan menentukan tahap-tahap seterusnya.Kaedah ini juga lebih memberi makna dalam hubungannya dengan penafsiran angka statistik,bukan secara kebahasaan.[4]  
     Kajian kuantitatif merupakan suatu analisis dasar sesuatu masalah yang disiasat itu dihuraikan dengan menggunakan model matematik(numerik,nombor)dan keputusan hanya boleh diperoleh daripada hasil yang diperoleh daripada model berkenaan.[5]
     Kajian kuantitatif juga digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik.Ianya selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula tertentu.Hasil kajian sesebuah penyelidikan kuantitatif adalah dalam bentuk jadual,gambar rajah dan statistik.
     Terdapat perbezaan antara kajian kualitatif dengan kuantitatif iaitu dari segi dasar teori,tujuan,bentuk/desain,data,sample,teknik,kebolehpercayaan,penglibatan dan analisa data.
     Jika berdasarkan faktor dasar teori,pendekatan kualitatif adalah berdasarkan wujudnya interaksi simbolik dari suatu gejala dengan gejala yang lain yang ditafsir berdasarkan pada budaya yang bersangkutan dengan mencari makna semantik universal dari gejala yang sedang dikaji.
     Pendekatan kuantitatif pula dasar teorinya adalah berdasarkan pada apa yang disebut “fungsionalisme struktural,realisme,positivisme,behaviourisme dan empirisme yang intinya menekankan pada hal-hal yang bersifat konkrit,uji empiris dan fakta yang nyata.
     Dari segi tujuan,pendekatan kualitatif bertujuan mengembangkan pengertian dan konsep-konsep yang pada akhirnya menjadi teori.Tahap ini dikenali sebagai “grounded theory research”.
     Pendekatan kuantitatif pula bertujuan untuk menguji teori,membangunkan fakta,menunjukkan hubungan antara pembolehubah,memberi deskripsi statistic,mentafsir dan meramalkan hasilnya.
     Dari segi reka bentuk atau desain,pendekatan kualitatif adalah bersifat umum dan berubah-ubah.ianya akan berkembang sesuai dengan situasi penyelidikan.Reka bentuk kajin kualitatif mestilah bersifat fleksibel dan terbuka agar mudah disesuaikan dengan keadaan penyelidikan.
     Reka bentuk pendekatan kuantitatif pula adalah berstruktur ,baku,formal dan dirancang sematang mungkin.Ianya bersifat spesifik dan rapi kerana ianya merupakan suatu perancangan penelitian yang akan dilaksanakan sebenarnya.
     Pada pendekatan kualitatif,datanya adalah bersifat deskriptif yang bermaksud data adalah gejala-gejala yang dikategorikan dalam bentuk seperti foto,dokumen,artifak atau catatan-catatan lapangan semasa proses penyelidikan dijalankan.
     Data bagi pendekatan  kuantitatif adalah bersifat kuantiti atau angka-angka statistik yang dapat dikuantifikasikan.Terdapat empat skala ukuran yang digunakan dalam kajian
kuantitatif iaitu nominal,ordinal,interval dan ratio.
     Skala nominal ialah skala yang menggunakan simbol nama atau nombor untuk membezakan atau menggolongkan pelbagai objek,tingkah laku individu,kumpulan,organisasi dan lain-lain.Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengelasan.Selain itu,nombor-nombor yang diberikan tidak memberikan apa-apa makna jika operasi matematik dijalankan terhadap nombor-nombor tersebut.Cara penyukatan ini adalah lemah dan rendah.Contohnya:-
                                                                                                                                      

Jenis-jenis penyakit ialah
i)             sakit kepala
ii)            sakit badan
iii)           demam selsema
Jika kita campurkan i dan ii,jawapannya secara logik adalah sakit kepala badan. 


     Skala ordinal pula menggambarkan kualiti sesuatu atribut[6] tetapi tidak menggunakan maklumat kuantiti.Pembolehubah ordinal mempunyai ciri-ciri yang boleh diatur mengikut susunan secara relatif yang diistilahkan sebagai ukuran ordinal.Ukuran ordinal boleh menunjukkan perbezaan dari segi tahap seperti tahap kepanasan,tahap kesukaran dan laai-lain.Contoh:-

“Dalam sebuah pertandingan,calon A mendapat tepukan lebih gemuruh daripada calon B”.Walaupun kita boleh mengatur peserta mengikut kekuatan tepukan yang diterima,namun kita tidak dapat memastikan secara tetap sebanyak manakah penonton suka pada calon A berbanding calon B berdasarkan pada kekuatan tepukan itu.


     Skala interval ialah tahap ukuran yang menjelaskan pembolehubah bersifat aturan atau pengkadaran dan mempunyai jarak yang sama serta bersebelahan.Skala ini juga dikenali sebagai ukuran selang.Ukuran selang ini mempunyai makna bagi setiap selang atau jarak antara ukuran yang digunakan.Data ini boleh menjalankan operasi campur dan tolak,tetapi tidak boleh menggunakan operasi darab.Contoh:-

17% dan18% adalah bersamaan dengan jarak antara 89% dan 90%.


     Skala ratio juga dikenali sebagai ukuran nisbah.Setiap nombor yang dinyatakan dalam sesuatu skala itu mempunyai perbezaan yang sama.Ianya merangkumi semua cirri-ciri yang terangkum dalam skala nominal,ordinal dan interval.Berasaskan titik sifar mutlak.Contoh:-

l  Berapakah umur awak?
l  Berapa orangkah kekasih awak?
l  Berapakah hasil jualan awak hari ini?


     Dari segi penggunaan sampel,pendekatan  kualitatif mengamalkan penggunaan sampel yang kecil kerana penekanan pemilihan sampel adalah berdasarkan pada kualiti ,bukan pada jumlahnya.Ketepatan dalam memilih sampel  merupakan salah satu kunci keberhasilan utama dalam menghasil penelitian dan keputusan yang baik.Sampel pendekatan kualitatif juga dipandang sebagai sampel teoritis[7] dan tidak representatif.
     Pendekatan kuantitatif pula menggunakan penggunaan sampel yang besar kerana aturan statistik menyatakan bahawa semakin besar sampel,semakin menjelaskan kedudukan penyelidikan.sampel biasanya dipilih secara rawak.Semasa menjalankan proses penyelidikan,perlu wujud kelompok pengawal untuk perbandingan sampel yang sedang diteliti.Terdapat beberapa jenis pembolehubah yang digunakan untuk mengawal sampel iaitu yang pertama ialah pembolehubah tidak bersandar(independent variable) yang membawa maksud diandaikan akan membawa perubahan kepada pembolehubah bersandar.Pembolehubah yang  kedua ialah pembolehubah bersandar(dependent variable) iaitu ianya dipengaruhi oleh pembolehubah tidak bersandar.Pembolehubah yang ketiga ialah pembolehubah mencelah(intervening variable) yang wujud di antara dua pembolehubah yang diukur.Ianya akan dipengaruhi oleh salah satu pembolehubah dan akan memberi kesan kepada pembolehubah yang lagi satu.Pembolehubah mencelah juga boleh menghubungkan kedua-dua pembolehubah.Dengan kata lain,pembolehubah ini dapat menghubungkan pembolehubah bersandar dengan tidak bersandar.Pembolehubah yang keempat pula ialah pembolehubah pengubah(moderater).Pembolehubah ini akan mengubah perkaitan antara dua pembolehubah(barsandar dan tidak bersandar).Ianya juga dikenali sebagai pembolehubah khas tidak bersandar.pembolehubah ini boleh dikenal pasti oleh penyelidik sebelum memulakan kajian.Dipanggil moderator kerana  ianya boleh memberi kesan atua mengubah hasil yang akan diperoleh.Pembolehubah yang terakhir ialah perkaitan antara pembolehubah dan atribut.Pempolehubah ialah cirri-ciri,aspek atau trait sesuatu unit yang dikaji.atribut pula bermakksud sekumpulan konsep yang menjadi definisi kewujudan sesuatu pembolehubah dalam satu julat keadaan yang tertentu.Contohnya:-
          

                  Pembolehubah
                             Atribut
                     Pekerjaan
Doktor,kerani,pesawah
                     Jantina
Lelaki,Perempuan
                     Bangsa
Melayu,cina,india
                     Sikap
Rajin,malas


     Dari segi teknik pula,pendekatan kualitatif menggunakan teknik seperti subjektif,lisan,berdasarkan pemerhatian,temuduga tidak berstruktur,foto-foto,artifak yang ada dan lain-lain.
     Pendekatan kuantitatif pula menggunakan teknik objektif,nombor(numerik),temuduga berstruktur,soal selidik,survey,eksperimen dan lain-lain.
     Dari segi penglibatan,penyelidik yang menggunakan pendekatan kualitatif tidak terlibat secara langsung dengan penyelidikan.penyelidik mungkin boleh menggunakan sumber-sumber daripada orang lain,menggunakan bahan-bahan yang sememangnya sudah disediakan.
     Hal ini berbeza dengan kaedah kuantitatif kerana penyelidik perlu terlibat secara langsung semasa aktiviti dijalankan untuk mengawal pemolehubah-pembolehubah.
     Dalam proses analisis data,pendekatan kualitatif adalah bersifat induktif [8]dan berkelanjutan yang tujuan akhirnya akan menghasilkan pengertian-pengertian,konsep-konsep dan pembangunan satu teori baru.
     Analisis data bagi pendekatan kuantitatif pula adalah bersifat deduktif[9],uji empiris teori yang dipakai dan dilakukun setelah selesai pengumpulan data secara tuntas dengan menggunakan statistik deskreptif dan pokok keputusan.Contoh alat statistik deskriptif ialah Min,median dan mod,Julat,varians dan sisihan piawai,dan Carta dan graf.Contoh alat pokok keputusan ialah Kreativiti dan inovasi,dan Tulang ikan(analisa kesan dan sebab).

     Kesimpulannya,saya menganggap semua jenis penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif atau kuantitatif.tetapi kita mestilah mempunyai kemahiran dalam memilih jenis pendekatan ini bagi melicinkan proses penyelidikan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
     Semua penyelidikan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah,mencari jawapan bagi segala persoalan,dan memmbangunkan teori yang semuanya adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup manusia di dunia ini.
     Namun demikian,kedua-dua pendekatan ini tetap mempunyai kelebihan ban kelemahan masing-masing.Pendekatan kualitatif contohnya banyk memakan masa,kebenarannya sering dipersoalkan,prosedurnya tidak teratur,bentuknya tidak berstruktur dan tidak boleh digunakan untuk penyelidikan yang berskala besar.
     Pendekatan kuantitatif juga akan menimbulkan kesulitan dalam mengawal pembolehubah-pembolehubah lainyang akan mempengaruhi hasil penyelidikan.Untuk membina nilai/keputusan yang baik,kecermatan dan penelitian yang tinggi diperlukan semasa proses penentuan sampel,pengambilan data dan penentuan alat analisisnya.pendekatan ini juga melibatkan proses yang sulit kerana adanya proses pengiraan yang rumit yang memungkinkan berlakunya kesilapan.  




















Rujukan:-
·         Hubert M.Blalock,Jr.1987.An Introducing to Social Research.London:Prentice-Hall,Inc.Hlm.46-49
·         Christina Marican.2005.Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.Malaysia:Prentice Hall,Malaysia.Hlm.11-69
·         Charles C.Ragin,Wendy Griswold dan Larry Griffin.1994.Constructing Social Research.London:Oxford University Press.Hlm.82
·         Esquede dan Carter.1995.Analysis for Public Decisions.London3rd Edition:Oxford University Press.Hlm.64


[1] Dimuat turun daripada http://www.wikipedia.com.
[2] Charles C.Ragin,Wendy Griswold dan Larry Griffin.1994.Constructing Social Research.Pg 82.
[3] Christina Marican.2005.Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.Pg.11.
[4] Dimuat turun daripada http://www.wikipedia.com.
[5] Esquade/Carter.1995.Analysis for Public decisions,,3rd Edition.
[6] Atribut membawa maksud sesuatu sifat,perkara atau sebab yang berlaku.                             
[7] Teoritis bermaksud satu set kenyataan mengenai perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang merangkumi  sekurang-kurangnya satu konsep yang tidak dapat perhatikan secara langsung tetapi ianya penting dalam menerangkan perkaitan antara pembolahubah-pembolehubah tersebut(McBurney,1994).
[8] Induktif ialah satu proses yang logik di mana ianya memberikan  penjelasan yang umum berdasarkan pemerhatian(Hagan,1993)
[9] Deduktif ialah menggunakan proses logik yang bermula dengan kesimpulan yang umum dan membuat ramalan berdasarkan pengujian ke atas pemerhatian yang spesifik bermula daripada persoalan yang umum kepada pernyataan yang khusus.

1 comment: