Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Sunday, 20 November 2016

DASAR EKONOMI BARU

DASAR EKONOMI
Dasar ekonomi adalah program pembangunan negara yang berasaskan Rukun Negara.
Dasar Ekonomi Baru
·        1970-1990 (20 tahun)
·        Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) Pertama
·        Merupakan Rancangan Malaysia Ke (RMK)-2 hingga 5
·        Mempunyai 2 matlamat utama:-
o   Basmi kemiskinan
o   Susun semula masyarakat

·        Faktor Kemiskinan:-
o   Bencana alam; penyakit & kerosakan tanaman
o   Kejatuhan harga barang & kemelesetan ekonomi dunia pada waktu itu
o   Isi rumah terlalu besar
o   Kewujudan orang tengah
o   Kekurangan input
o   Corak pertanian tradisional, faktor sosial & budaya

·        Kaedah Basmi Kemiskinan dan Susun Semula Masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru:-
o   Mewujudkan peluang pekerjaan
o   Menambah daya pengeluaran pendapatan
o   Memodenkan kehidupan luar Bandar
o   Mewujudkan MPPB (Masyarakat Perindustrian & Perdagangan Bumiputera)
o   Mewujudkan pekerjaan yang menggabungkan kaum
o   Membaiki taraf & kualiti hidup rakyat

Era Dasar Ekonomi Baru ini telah memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, ia telah mempertingkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Wednesday, 9 November 2016

FAKTOR- FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA.

FAKTOR- FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA.
Assalamualaikum W.B.T…AJ nak berkongsi ilmu sikit dengan saudara-saudara semua…semoga memberi manfaat pada kita semua… In shaa Allah… doakan Adam Jebat murah rezeki…

1.0      Imperialisme barat di asia tenggara
Kita telah melihat aktiviti imperialisme telah berlangsung di Asia Tenggara semenjak abad ke 16 lagi:-
                     i.        Portugis > Melaka dan Timor-Timor
                    ii.        Sepanyol dan Amerika > Filipina
                  iii.        Belanda > Indonesia
                   iv.        British > Tanah Melayu, Borneo dan Burma
                    v.        Perancis > IndoChina

1.1      Faktor Imperialisme Barat
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara. Faktor-faktor ini berkisar terhadap menjaga kepentingan ekonomi mereka dan menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk menjalankan rancangan mereka.
          Faktor yang pertama adalah Revolusi Perindustrian yang telah berlaku di Eropah. Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Melalui revolusi ini, mereka memerlukan bahan mentah dan kawasan pasaran baru.
          Faktor yang kedua ialah kekayaan bahan mentah yang dimiliki oleh negara-negara di Asia Tenggara. Antara hasil bumi yang menjadi buruan imperialis barat ini ialah bijih timah, kayu jati, tebu, kelapa, arang batu dan lain-lain.
          Faktor yang ketiga, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. pada kurun ke-19 dalam tahun 1869, dua perkembangan penting yang melibatkan jalan laut  iaitu pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap telah merancakkan persaingan antara kuasa Barat. Kapal wap boleh membawa muatan dengan banyak dan lebih cepat serta menggunakan arang batu sebagai bahan bakar yang sememangnya terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Terusan Suez, di sebelah barat Semenanjung Sinai, merupakan terusan kapal sepanjang 163 km yang terletak di Mesir, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Tengah dengan Suez di Laut Merah. Terusan Suez diresmikan tahun 1869. Kewujudan terusan ini telah memendekkan perjalanan dari benua Eropah ke Timur tanpa perlu mengelilingi benua Afrika lagi. Penciptaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez adalah lebih selamat serta menjimatkan kos.
Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6a/USS_Cherokee_1864.jpg

Gambar 1: Kapal Wap
                                    

            Selain itu, faktor persaingan antara kuasa barat dan beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun dijadikan alasan mereka melaksanakan imperialisme di Asia Tenggara. Mereka beranggapan semakin luas jajahan mereka, semakin tinggilah imej mereka dalam kalangan kuasa imperialis. Orang-orang barat juga beranggapan mereka lebih bertamadun dan menggunakan alasan untuk mentamadunkan orang-orang di Timur melalui penjajahan.

Tuesday, 1 November 2016

Rukun Negara - Ideologi Negara

RUKUN NEGARA…
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:



1.0      PENGENALAN

Rukun Negara diwujudkan atas asas kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul. Rukun Negara adalah merupakan ideologi negara yang mesti dihayati dan digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia.[1]
          Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Perundangan Negara yang bertujuan untuk menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Rukun Negara telah diisytiharkan oleh YDPA ke-4 pada waktu iaitu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III.
         Rukun Negara telah dilaksanakan akibat daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, iaitu peristiwa rusuhan kaum di antara kaum Melayu dan kaum Cina selepas Pilihan Raya Umum ke-3 (PRU3) apabila parti DAP telah menawan negeri Selangor. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu telah tercemar dengan laungan-laungan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan itu. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Hal ini secara jelasnya menggambarkan ketegangan hubungan etnik yang berpunca daripada jurang sosioekonomi yang luas antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
         Oleh yang demikian, Rukun Negara yang bertunjangkan semangat dan prinsip-prinsip Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini atas semangat satu Bangsa Malaysia. Rukun  Negara dijadikan panduan dan hala tuju untuk merancang program pembangunan negara. Rukun Negara merangkumi cita-cita pembinaan negara bangsa, keadilan sosial, berfikiran terbuka, pembangunan ekonomi, sains dan teksnologi serta melahirkan masyarakat yang progresif.
Text Box: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 

§  

   Rakyat di negara ini ialah manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan.
§  Agama Islam adalah agama Persekutuan.
§  Agama lain bebas untuk diamalkan.
Text Box: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 



§  YDPA ialah lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
§  YDPA merupakan payung negara yang mana rakyat bernaung dan taat setia kepada Baginda dan Negara.
§  Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam Perlembagaan.
Text Box: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 



§  Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.
§  Rakyat wajib menghormati dan mematuhi Perlembagaan.
§  Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan Negara.
§  YDPA juga termaktub pada Perlembagaan.
Text Box: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 



§  Ia menjamin keadilan dalam masyarakat.
§  Setiap rakyat tidak kira agama atau kaum adalah sama rata di sisi undang-undang.

§  Menjadi tanggungjawab seluruh rakyat menghormati dan mematuhi undang-undang negara.




[1] Ideologi bermaksud fahaman atau ajaran yang dipakai atau yang di cita-citakan untuk menjadi dasar pemerintahan.( Kamus Dewan Edisi Ketiga )