Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Wednesday, 9 November 2016

FAKTOR- FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA.

FAKTOR- FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA.
Assalamualaikum W.B.T…AJ nak berkongsi ilmu sikit dengan saudara-saudara semua…semoga memberi manfaat pada kita semua… In shaa Allah… doakan Adam Jebat murah rezeki…

1.0      Imperialisme barat di asia tenggara
Kita telah melihat aktiviti imperialisme telah berlangsung di Asia Tenggara semenjak abad ke 16 lagi:-
                     i.        Portugis > Melaka dan Timor-Timor
                    ii.        Sepanyol dan Amerika > Filipina
                  iii.        Belanda > Indonesia
                   iv.        British > Tanah Melayu, Borneo dan Burma
                    v.        Perancis > IndoChina

1.1      Faktor Imperialisme Barat
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara. Faktor-faktor ini berkisar terhadap menjaga kepentingan ekonomi mereka dan menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk menjalankan rancangan mereka.
          Faktor yang pertama adalah Revolusi Perindustrian yang telah berlaku di Eropah. Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Melalui revolusi ini, mereka memerlukan bahan mentah dan kawasan pasaran baru.
          Faktor yang kedua ialah kekayaan bahan mentah yang dimiliki oleh negara-negara di Asia Tenggara. Antara hasil bumi yang menjadi buruan imperialis barat ini ialah bijih timah, kayu jati, tebu, kelapa, arang batu dan lain-lain.
          Faktor yang ketiga, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. pada kurun ke-19 dalam tahun 1869, dua perkembangan penting yang melibatkan jalan laut  iaitu pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap telah merancakkan persaingan antara kuasa Barat. Kapal wap boleh membawa muatan dengan banyak dan lebih cepat serta menggunakan arang batu sebagai bahan bakar yang sememangnya terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Terusan Suez, di sebelah barat Semenanjung Sinai, merupakan terusan kapal sepanjang 163 km yang terletak di Mesir, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Tengah dengan Suez di Laut Merah. Terusan Suez diresmikan tahun 1869. Kewujudan terusan ini telah memendekkan perjalanan dari benua Eropah ke Timur tanpa perlu mengelilingi benua Afrika lagi. Penciptaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez adalah lebih selamat serta menjimatkan kos.
Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6a/USS_Cherokee_1864.jpg

Gambar 1: Kapal Wap
                                    

            Selain itu, faktor persaingan antara kuasa barat dan beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun dijadikan alasan mereka melaksanakan imperialisme di Asia Tenggara. Mereka beranggapan semakin luas jajahan mereka, semakin tinggilah imej mereka dalam kalangan kuasa imperialis. Orang-orang barat juga beranggapan mereka lebih bertamadun dan menggunakan alasan untuk mentamadunkan orang-orang di Timur melalui penjajahan.

12 comments: