Bismillahirahmannirohhim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Tuesday 1 November 2016

Rukun Negara - Ideologi Negara

RUKUN NEGARA…
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:



1.0      PENGENALAN

Rukun Negara diwujudkan atas asas kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul. Rukun Negara adalah merupakan ideologi negara yang mesti dihayati dan digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia.[1]
          Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Perundangan Negara yang bertujuan untuk menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Rukun Negara telah diisytiharkan oleh YDPA ke-4 pada waktu iaitu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III.
         Rukun Negara telah dilaksanakan akibat daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, iaitu peristiwa rusuhan kaum di antara kaum Melayu dan kaum Cina selepas Pilihan Raya Umum ke-3 (PRU3) apabila parti DAP telah menawan negeri Selangor. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu telah tercemar dengan laungan-laungan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan itu. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Hal ini secara jelasnya menggambarkan ketegangan hubungan etnik yang berpunca daripada jurang sosioekonomi yang luas antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
         Oleh yang demikian, Rukun Negara yang bertunjangkan semangat dan prinsip-prinsip Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini atas semangat satu Bangsa Malaysia. Rukun  Negara dijadikan panduan dan hala tuju untuk merancang program pembangunan negara. Rukun Negara merangkumi cita-cita pembinaan negara bangsa, keadilan sosial, berfikiran terbuka, pembangunan ekonomi, sains dan teksnologi serta melahirkan masyarakat yang progresif.
Text Box: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 

§  

   Rakyat di negara ini ialah manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan.
§  Agama Islam adalah agama Persekutuan.
§  Agama lain bebas untuk diamalkan.
Text Box: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 



§  YDPA ialah lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
§  YDPA merupakan payung negara yang mana rakyat bernaung dan taat setia kepada Baginda dan Negara.
§  Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam Perlembagaan.
Text Box: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 



§  Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.
§  Rakyat wajib menghormati dan mematuhi Perlembagaan.
§  Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan Negara.
§  YDPA juga termaktub pada Perlembagaan.
Text Box: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 



§  Ia menjamin keadilan dalam masyarakat.
§  Setiap rakyat tidak kira agama atau kaum adalah sama rata di sisi undang-undang.

§  Menjadi tanggungjawab seluruh rakyat menghormati dan mematuhi undang-undang negara.




[1] Ideologi bermaksud fahaman atau ajaran yang dipakai atau yang di cita-citakan untuk menjadi dasar pemerintahan.( Kamus Dewan Edisi Ketiga )

No comments:

Post a Comment